Hai Semua :)

Hai Semua :)

26 September 2012

Hantu! Tolong jgn kacau AKU!!!!

Jam sekitar 3 pagi, tiba2 rasa dingin sgt. Qaseh tgh tido dlm buai masa ni...Tiba2 pintu terbukak katup dengan sendiri.. Aku dah rasa semcm.... Aku bc apa2 yg aku tahu, masih gak pintu tu bergerak2..adoihai..mampos aku,apis xder plak tu! Wlupun aku dah bc mcm2 ayat, tp still pintu tu mengacau, seolah2 ada benda halus dlm umah ni..aku dah rasa lagi tergugat,terus capai qaseh dlm buaian & ambik Al- Quran.. Baca2 xgak bla benda ni..huhuhuhu... Terus teringat bomoh lakang umah! Apa lagi,berkejar la aku kuar...kuar2 umah, abg ngah ( tok bomoh ) dah ada stendby,aku pun xfaham...huhuhu...terus dia bc mentera dia.. Aku & qaseh dia suruh masuk umah dia...last2 dah setel dia halau hantu2 tu, kitaorg tido umah dia je..huhu.pls la hantu,jgn kacau kami lagi!!!!area jam 6.10, dengar deringan yg sgt kuat kat telinga aku!OMG, jam lonceng bunyi!...jom la mandi,..apa lagi..........keja daaaaaaaaaaaaaa.... ok, baru nk bg salam kat akhir kata, Salam Kemuliaan buat semua yg membaca..tata :)

*apis xder dlm mimpi aku ni :) & suasana mimpi di kpg aku ye...memg betul lakang umah apak tu  ada org pandai2 sikit la bab2 mcm ni :)..(selama ni,xpercaya pun kat dia)..hehee..adakah aku kena percaya lepas ni, dek kerana mimpi yg bukan2 ni?jeng..jeng...jeng...




25 September 2012

10.10.2009 ~ Anniversary ke - 3



As salam Sahabatku :)... tajuk pun korang dah tahu apa aku nk citer kan :).. dah nk masuk bulan 10...tahun ni cpt sikit ambik mood..hehe.. Dah nk masuk 3 tahun aku & apis disatukan...sangat2 dugaan hidup ini kan? Rumahtangga..oh..bukan mudah nk bina...Aku respek pada yang dah lama bertahan tu..hope rumahtangga kami juga kekal sehingga akhir hayat, Amin.. Dalam hubungan ni, komunikasi, kesabaran, kepercayaan sgt2 penting. Aku besyukur dapat seorg suami yang sangat-sangat baik. Baik dari segi apa? Banyak aspek dia baik ok :)...Dia gak seorang yang penyabar. Maybe Allah tu Maha Adil....Aku ni panas baran..so, Allah satukan dengan Insan yang sangat penyabar. Alhamdulilah, syukur padamu ya ALLAH. Kalau nak citer kebaikan suami,xder sudahnya.. Apa pun, dalam hubungan kami selama hampir 3 tahun ni, byk sangat pengalaman yang mematangkan aku. Wlupun sesekali dah berjanji pada diri untuk belajar dari kesilapan, aku ni jenis yg cepat sangat melenting.. dah buat, baru menyesal. Kontra plak ngan husband yg berfikir dulu sebelum bercakap. Sebab tu Allah bagi lesen besar kat suami untuk lafaz cerai kan? aku rasa, kalau kuasa cerai kat tangan WANITA..memg MAMPOS!!!!...wakakakkaaka..asal marah je,lafaz..huhuhu..Nauzubillah..mintak2 jauh dari keluarga aku.. Sepanjang perkahwinan ni, kami dianugerahkan seorang puteri yang sangat2 comel..Nur Qaseh Qalesya nama diberi :)...dari kecil sampai dah 2 tahun ni, mencabar betul jaga si qaseh ni...kuat merengek,manja...tapi biasa la anak kecil...maybe sebab dia xder adik lagi,so manjanya terlampau2...dah mcm bayang2 aku...aku bgn dia bgn..aku duduk,dia duduk...& dah 2 tahun ni pun, masih menetek ok! huhuhu..anak hai anak..Aku pun tak tahu nk tambah anak bila... Coz rasa letih je badan ni..anak sorang mcm anak 3,4 orang..hahahahahaa..lasak bukan main qaseh ni.. Bila tanya husband, bila nk bg qaseh adik? husband pun ckp, tunggu la qaseh 3 tahun ke..dia pun xlarat..haha. Terima kasih padaNya, kerana memberi peluang untuk menikmati hidup ni dengan indah bersama anak & suami tersayang. Sekian, Semoga Masjid yang kami bina hampir 3 tahun ni bertambah kukuh dengan Izin ALLAH :), AMIN..






Yes, RAYA HAJI JOHOR :)

Yabedabedu..hehe..lupa bg salam plak..As salam semua kawan2...korang pun tahu kan,dah dkt nk raya haji ni.. So,korang raya haji tahun ni kat mana? Ikut plan 1st, memg la raya haji tahun ni kat teluk intan..akan tetapi, oleh kerana umah opah husband aku terbakar hari tu..so,dah xder umah..umah dlm pembikinan..So, raya haji tahun ni,aku rekues nk kat kpg aku..hehee..mana lagi klu bukan kat Kampung parit Lapis, Sungai Lurus, Senggarang..hehe..Bangga aku jadi anak Senggarang..kui3....Xcely aku bg cadangan pada semua adik beradik..nak buat kenduri arwah mak raya haji nanti..So, kukuhlah alasan nk beraya kat JOHOR kan?hehe..pandai kan aku?hehee..lagi2 adik beradik semua setuju,pergh..suka aku :)..mesti best berlonggok adik beradik,masak ramai...nyumpat..pot-pet!pot-pet!..hehe..apa pun ati ni amat gumbira ok :)..nasib xkena raya kat Subang . Rasanya dah ada citer pasal raya haji minggu lepas...tp ati ni sgt2 gumbira sebab balik kpg aku kan..so...post lagi pasal raya haji..hahahahaa..Raya Subang???!!!!xkuasa..hahahahaaa (subang???umah MIL..umah baru)..ok la beb,aku sambung keja dulu..tata :)



24 September 2012

Makan Tghr di SR

Walawey...hari ni gaji kan?ceh,tanya plak..duit dah byk habis ni..hehee..mcm biasa la,gaji xbyk mana,apa pun bersyukur la,amin..hehe..tghr tadi kuar beli brg kat mydin,pastu singgah la mkn kat Secret Resepi.. just nk citer mkn kat cni je,wakakakakaa..kat bawah ni aku tepek gbr makanan yg kitaorang mkn td..aku g ngan aida(member opis)..set B ok :P


23 September 2012

Selamat Hari Raya Qurban

As salam semua. Pergh,tajuk xleh tahan kan? lum sampai lagi rayanya,aku dah xsabar nak bercuti. Kali ni xcited lebih, coz aku yang bg cadangan kat adik beradik semua untuk berkumpul kat kampung senggarang. Kali ni cadangan nak buat kenduri tahlil arwah mak. Agak lama kenduri arwah mak tak buat. so kami sepakat kumpul duit, sama2 jayakan kenduri ni. Hope dipermudahkan semuanya, Amin...Dan skrg aku xsabar sgt2 utk balik kpg...bestnya kumpul ramai2 kan..masak ramai2..lagi2 adik beradik aku jenis kecoh. Riuh rendah ler rumah apak nanti :). Aku tahu, Qaseh pun suka jumpa sepupu2 yang lain..qaseh makin besar, dah pandai bergaul dah skrg..senang sikit mama nanti,leh la tolong apa yg patut kan :)..so kira aku la orang pertama yang ucapkan SELAMAT HARI RAYA QURBAN @ Selamat Hari Raya Haji kat korang..hehe
Sekian.....duhai masa, cepatlah berlalu,hehehee..

muka ada senyum :)..hehee

No Mood

As salam semua..kenapa ntah akhir2 ni rasa busan sgt2 nk keja. Asyik fikir nak cuti wekend je..masuk isnin,mood terus down..argh..busannya. Bestnya kalau ada duit byk,leh jalan2..makan angin..bercuti ngan keluarga..ermmmmmmmm..


21 September 2012

Dari Mata Arisa

Pergh...kenapa aku giler ngan citer ni skrg???aku pun xtahu..layan giler citer ni wey..hehee..tgk berdua ngan qaseh...pastu aku gelak,qaseh pun gelak..kui...kui...kui...aku searh2 tenet,ramai ckp layan citer ni kat RTM..tp aku tgk kat tvi astro tu...mana2 jela,janji dpt tgk..hehehe..jiwang gak citer ni, pelakon pun cun & hensem..so memg terpaku ler dpn tv...citer ni start kul 6.05 - 7.00 petang..so lepas balik keja ambik qaseh & guling2 dulu....pastu g solat,layan tv plak :)..hehehe...
ni ler gambar pelakon DARI MATA ARISA :)






Ketandusan Ciri Kepimpinan

As salam semua kawan2...yang bujang2 tu,meh baca dulu ciri2 lelaki yg boleh korang jadikan suami..ramai sangat lelaki zaman skrg yang xder ciri2 mcm yg aku listkan kat bawah ni...so,layan ye :) 




Pertama: Agama
 

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.


Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.


Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” (Surah al-Tahrim 66:06)


Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami.


Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah 9:71)
Kedua: Keluarga

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899)


Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibu bapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.


Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya. Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan

Lelaki, yakni suami, ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (Surah al-Nisa’ 4:36)


Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.


Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.


Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” (Shahih Muslim, no: 2137)


Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.


Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah SAW menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” (Shahih Muslim, no: 2594)


Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.


Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.


**Jangan sampai tersilap pilih... kelak anda juga yang merana. Kepada sape2 yg single lagi tu,cari la calon suami idaman anda dengan tepat. 


17 September 2012

Badan Menggigil!!!

Salam semua. wekend hari tu aku satu family berkumpul kat subang (umah baru MIL)..macam biasa,kalau g subang mesti mandi kolam..apa lagi,suka ler qaseh..pantang npk air..lepas asar kami turun mandi..aku mcm biasa,kalau mandi xkan basah semua pun...separuh badan je..huhuhu...salin baju pun sebab nk jaga qaseh,takut lemas kan..dak kecik ni klu jumpa air,xhingat..bukan tau serik kalau tenggelam byk kali pun.. dlm kul 6 ptg kami naik. dah naik umah,aku ngan husband kuar cr brg basah..utk mkn malam..tiba umah,masak2 plak...tup2 area jam 9 malam!!!!!badan aku dah mula seram sejuk, kepala mula pening!OMG..apa dah jadi ni..huhuhu..terus lesu badan aku. xtahu la apa sebabnya...dah makin lewat mlm..semua dah tido..start kul 2 pagi aku dah terjaga...setengah jam sekali terjaga..mana boleh tido, badan menggigil...huhuhu. memg xbest sgt bila badan xsihat. Ya Allah, aku redha dengan kesakitan yang Kau beri, mudah2an cepat sembuhnya..Amin.now masa aku menaip ni pun,kepala masih lagi berat, ada pening sikit2. tp xnk manjakan badan,aku keja je...at least xder ler aku pk sgt sakit ni...tu je yg aku nk share..huhuhu..baru Allah bg sakit sikit,dah xtertanggung rasanya..alahai badan..

13 September 2012

Lagi gambar besday Qaseh

:) Senyum dulu...nasib baik husband kak ida (kawan opis) snapkan :)..dapat gak kenangan gambar potong kek..hehe.layan gambar..malas ckp byk..kui3






kejap masa berlalu

Happy Besday Qasehku....Nur Qaseh Qalesya...lahir pada 17 Sept 2010..Kini dah masuk 2 tahun..Pada 9 Sept 2012 (ahad),aku & papa qaseh dah sepakat nak buat besday qaseh..mula2 susah gak nk cari tarikh...coz tarikh 17hb,ramai xder balik kpg...so,kami buatlah 9hb...Qaseh mama & papa makin besar,makin bijak...jadi anak yg baik ye sayang..kalau prestasi baik,mama & papa bagi adik..hahahaahaa. Citer bab persiapan besday qaseh ni....aku bukan orang yang last minit keja...2 minggu sebelum aku & b plan mcm2..listkan nak buat menu apa & mcm2 lagi plan..hehe..masak berdua je ngan b,so perancangan perlu kan..Hope tetamu semua suka dgn masakan yang kami hidangkan..Ikhlas kami masak taw :)..ok la,apa lagi,tangan dah malas taip...nk mandi...siap2 g keja...
Mama & Papa mohon pada Allah semoga Nur Qaseh Qalesya binti Mohammad Firdaus menjadi anak yang solehah,anak penyejuk mata semua orang,anak yang baik dari yang terbaik . Amin
Jom layan gambar..











Bangun pagi






morning...aku awal giler online hari ni...kul 5 bgn nk terkucil...siap terkucil,nk melabur amanah saham plak..last2 lepaskan hajat semua..aku on fb..pastu teringat gambar byk dlm laptop..kan semlm janji nk tepek gbr besday qaseh...ok.....jom buat citer besday lak..hehee

12 September 2012

HoHoHo.....beSaWang sudah...hahahaaa

As salam semua kawan2 yang di rahmati Allah (hehehe..lama dah xupdate,kasi sopan sikit)...terasa mcm nk mula aktif balik mengupdate...aku rasa mcm nak bercerita pasal besday qaseh baru2 ni la....tp gbr kat laptop umah...so esok2 la citer ek..hahahaha.bye-bye :)